HOW TO ORDER

Berikut saya sediakan panduan langkah demi langkah bagi sesiapa yang berhajat untuk memesan dan mendapatkan "Chaga extract" ataupun produk lainnya daripada syarikat Oriveda. Oleh kerana pembelian ini dilakukan secara on-line, saya sarankan anda melakukannya menerusi akaun PayPal kerana proses pembayarannya lebih terjamin dan selamat. Bagi anda yang belum mempunyai akaun PayPal, bolehlah mendaftar secara percuma - di sini - untuk kemudahan urusan pembelian secara on-line di masa akan datang.


LANGKAH PERTAMA

Klik logo "order now" di bahagian bawah page ini dan anda akan dipautkan terus ke laman web rasmi Oriveda (seperti gambarajah di bawah). Anda juga boleh meneliti ke page-page yang lain di laman web tersebut jika anda mahu. Yang perlu anda lakukan pada langkah ini ialah:

  • Pastikan anda berada di page produk yang ingin anda pesan (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah: "chaga extract"
  • Kemudian tentukan bentuk pesanan yang ingin anda lakukan berserta kuantiti pesanan (misalnya di petak merah kecil dalam gambarajah di bawah saya memilih untuk memesan "chaga extract 180 kapsul" satu kuantiti). Setelah anda pasti, maka klik butang "order" berwarna hijau bersebelahan dengan kuantiti tersebut.
  • Kemudian klik logo bergambar "troli" di bahagian atas page yang ditandakan dengan bulatan merah.



LANGKAH KEDUA

Selepas logo bergambar "troli" diklik seperti yang ditunjukkan dalam langkah pertama, satu tetingkap kecil muncul di sudut atas kanan page (lihat gambarajah di bawah) memaparkan jumlah harga produk yang telah anda pilih (dalam matawang US Dollar) dan pastikan jumlahnya betul mengikut pesanan. Kemudian klik butang "to checkout" yang ditandakan dengan bulatan merah.



LANGKAH KETIGA

Selepas butang "to checkout" diklik seperti yang ditunjukkan dalam langkah kedua, anda akan masuk ke page baru (seperti gambarajah di bawah). Ia menyuruh anda memilih medium pembayaran yang ingin anda lakukan. Yang perlu anda lakukan pada langkah ini ialah:

  • Anda disarankan untuk mengklik butang yang ditandakan dengan bulatan merah di bahagian atas gambarajah sebagai "jaminan" pesanan akan sampai kepada anda dan untuk mengelakkan kelambatan penerimaan pesanan. Keterangannya boleh anda baca pada petak merah yang ditandakan.
  • Pastikan jumlah harga yang perlu dibayar adalah tepat seperti yang ditandakan dalam bulatan merah di bahagian tengah gambarajah.
  •  Seterusnya klik sahaja butang "checkout with PayPal" yang ditandakan dengan bulatan merah di bahagian bawah gambarajah.




LANGKAH KEEMPAT

Selepas butang "checkout with PayPal" diklik seperti yang ditunjukkan dalam langkah ketiga, anda akan masuk ke page lain (seperti gambarajah di bawah). Pastikan jumlah harga yang ditandakan dengan bulatan merah adalah betul. Kemudian klik butang "Pay with my PayPal account" di petak merah yang ditandakan.



LANGKAH KELIMA

Selepas butang "Pay with my PayPal account" diklik seperti yang ditunjukkan dalam langkah keempat, anda akan masuk ke page lain (seperti gambarajah di bawah). Pastikan jumlah harga yang ditandakan dengan bulatan merah adalah betul. Kemudian taipkan alamat "email" dan "password" anda di petak merah yang ditandakan untuk masuk ke akaun PayPal anda, seterusnya klik butang "Log in" yang terletak di bawahnya.



LANGKAH KEENAM

Selepas butang "Log in" diklik seperti yang ditunjukkan dalam langkah kelima, data pembelian akan dipaparkan melalui akaun PayPal anda (seperti gambarajah di bawah). Yang perlu anda lakukan dalam langkah ini ialah:

  • Pastikan jumlah harga yang ditandakan dengan bulatan merah masih sama.
  • Pastikan alamat penghantaran (shipping address) yang ditandakan dengan petak merah besar adalah betul dan lengkap (sebenarnya ia adalah alamat yang telah anda masukkan ketika membuka akaun PayPal). Jika anda ingin pesanan dihantarkan ke alamat yang lain, anda boleh edit dengan mengklik butang "change" di atasnya.
  • Pastikan empat nombor terakhir kad kedit/debit anda yang ditandakan dengan petak merah kecil adalah tepat. Jika anda ingin membuat pembayaran menggunakan kad yang lain, anda boleh berbuat demikian dengan mengklik butang "change" di atasnya.
  • Bulatan berwarna biru menandakan jumlah harga yang perlu anda bayar dalam matawang tempatan berdasarkan pertukaran matawang semasa.
  • Setelah anda pasti semua data yang diperlukan untuk pembelian dipenuhi dengan betul, barulah akhir sekali anda klik butang "Pay Now" yang ditandakan dengan bulatan kuning.




LANGKAH KETUJUH

Selepas anda mengklik butang "Pay now" seperti yang ditunjukkan dalam langkah keenam, sila periksa inbox email anda. Auto responder PayPal akan menghantar satu email kepada anda disusuli oleh email daripada auto responder Oriveda untuk confirmkan pembelian dan pembayaran yang telah anda lakukan berserta maklumat mengenai produk yang telah anda pesan. Sila "print" dan simpan balasan email tersebut untuk rujukan pada masa akan datang.

Selamat mencuba dan saya doakan semoga dengan pengambilan "Chaga extract" anda yang sakit akan segera pulih dan yang tidak sakit akan lebih sihat dan bertenaga untuk meneruskan kehidupan harian


TERIMA KASIH KERANA BERURUSAN MELALUI BLOG INI
 SEMOGA DATANG LAGI




 https://images-blogger-opensocial.googleusercontent.com/gadgets/proxy?url=http%3A%2F%2F1.bp.blogspot.com%2F-XnVvJysxGfs%2FU6hh6TS_0pI%2FAAAAAAAADos%2FhIxcCR721hU%2Fs1600%2Fclick.jpg.gif&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*








____________________________________________________________________________

 https://images-blogger-opensocial.googleusercontent.com/gadgets/proxy?url=http%3A%2F%2F4.bp.blogspot.com%2F-AULpJDF1k0E%2FU3Pw5iQqjPI%2FAAAAAAAABpU%2FjhNaMWAwfBc%2Fs1600%2FThink_different_2_red_butto.png&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*
microcirculationward.blogspot.com

______________________________________________________