.

KATA ALUAN
Yus Rin
Assalamu'alaikum Wa Rahmatullah

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang buat anda pembaca yang dimuliakan dengan harapan agar anda akan menemui sesuatu yang amat bernilai di sini. Tujuan saya menyusun blog ini adalah untuk membantu sesiapa saja yang sedang mengidap "kanser" (sebarang jenis kanser) untuk mendapatkan "jalan keluar" terbaik juga buat mereka yang ingin menghindarkan diri daripada penyakit yang dikatakan sukar untuk dirawati ini kerana "mencegah adalah lebih baik daripada mengubati". Ini saya lakukan kerana saya perhatikan "Chaga" kurang dimanfaatkan oleh penduduk di Asia Tenggara ini khususnya Malaysia. Saya yakin "harga" bukanlah penyebab utamanya kerana setiap orang pasti tidak akan berkira dalam soal kesihatan dan akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya daripada penyakit yang sukar diubati ini. Buktinya ramai di kalangan pesakit kanser di negara ini yang tidak yakin dengan "rawatan konvensional" seperti "chemotherapy" dan "radiotherapy" telah beralih kepada rawatan alternatif yang berasaskan "B17" yang "mahal" walaupun mempunyai kesan sampingan (side effect) sementara yang serius. Saya yakin kebanyakan daripada mereka masih belum mengenali "Chaga" dan khasiat serta kemampuannya dalam mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit terutamanya "kanser" tanpa sebarang kesan sampingan (side effect). 

Di samping itu, pengalaman yang berlaku dalam keluarga saya turut mendorong saya untuk membina blog ini; ayah saya meninggal dunia 18 tahun lalu akibat "barah usus", pakcik saya meninggal dunia akibat "barah prostat", 2 orang makcik saya meninggal dunia akibat "barah lidah" dan "barah pangkal rahim" dan kini bapa mertua saya (barah prostat) dan abang saya (barah leher) sedang berjuang melawan penyakit masing-masing, semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik.

ASAS BAGI KESIHATAN SEBENAR

Sains menamakan sel-sel sebagai "bahan binaan bagi kehidupan". Jantung kita terbina daripada sel-sel, paru-paru kita terbina daripada sel-sel, kulit kita terbina daripada sel-sel, otak kita terbina daripada sel-sel, tulang belulang kita terbina daripada sel-sel dan begitulah seterusnya…

Tubuh badan kita terbentuk daripada 500 - 600 trillion sel hidup. Jadi, kesihatan tubuh badan kita secara keseluruhannya menjadi cermin pengukur sihat atau tidaknya sel-sel badan kita.

Memiliki sel-sel yang sihat bererti kita memiliki tubuh badan yang sihat, sebaliknya sel-sel yang berada dalam keadaan tertekan dan tidak sihat menandakan bahawa tubuh sedang menyimpan penyakit

Kita sedang hidup dalam dunia moden yang bergerak pantas di mana bahan-bahan sintetik (racun) telah digunakan secara berleluasa hampir dalam semua benda yang kita makan dan kita pakai.. ditambah pula dengan pencemaran udara daripada bahan-bahan buangan kilang industri juga asap yang dikeluarkan oleh kenderaan dan rokok yang dihisap.. Dalam dunia yang serba tercemar ini mampukah kita memastikan yang tubuh kita tidak akan turut tercemar (sihat)..???

Sel-sel sentiasa terdedah secara langsung dengan tekanan fizikal, emosi dan tenaga mengakibatkan ia tidak berfungsi, dan kehilangan fungsi ini disebut (dalam Bahasa English) sebagai "dis-ease" (penyakit) kerana sel-sel badan tidak lagi berada dalam keadaan "selesa" (ease). Jika situasi ini dihuraikan secara lebih terperinci, akan jelaslah kepada kita bahawa setiap perkara yang dikaitkan dengan masalah kesihatan, walau apapun namanya akan kembali kepada puncanya iaitu kesihatan sel-sel

______________________________________________________

Jika anda benar-benar ingin mendapatkan kesihatan yang optimal sepanjang hayat melalui konsepnya yang sebenar, anda boleh klik butang bergambar berikut di page "HOW TO ORDER" blog ini. 
Kita teruskan...
______________________________________________________

Ramai di antara kita yang mempercayai bahawa "baka" merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90% pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser

Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia. Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang telah dimajukan, hanya teori "stres oksidatif" yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).

Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas (free radicals). Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang anda nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidansatu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya. 

Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak iaitu apabila terdapat banyak radikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres oksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh kanak-kanak ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat. 
Berikut adalah antara faktor-faktor yang mencetuskan radikal-radikal bebas:

  • Terdedah kepada pencemaran udara yang teruk
  • Terdedah kepada bahan kimia beracun
  • Terdedah kepada sumber atau bahan radiasi
  • Pengambilan ubatan sintetik yang berlebihan
  • Merokok
  • Stres

Dewasa ini kita kalah dalam perjuangan menentang kanser. Terdapatkah sebarang keraguan yang penyakit malignan ini perlu diperangi dari peringkat awal perkembangannya sebelum kita dapat melihat penurunan dalam kadar kematian yang berpunca darinya? Anda tahu kita mempunyai harapan, memahami peranan stres oksidatif dalam perkembangan kanser memberikan kita kemungkinan baru dalam pencegahan dan perawatan kanser.

JALAN PENYELESAIAN TERBAIK


Jalan penyelesaian yang terbaik ialah dengan kembali memanfaatkan khasiat bahan-bahan semulajadi (herba) yang dijadikan oleh Tuhan untuk kebaikan manusia dan dalam persoalan ini saya menyarankan anda menjadikan "Chaga" sebagai pilihan yang paling wajar berbanding produk-produk berasaskan "cendawan" yang lain dalam usaha merawat "kanser" atau mencegahnya daripada berlaku. Dengan menyusuri setiap artikel dan video yang saya sediakan dalam blog ini, anda pasti akan mengakui kebenaran apa yang saya perkatakan.

Terdapat banyak syarikat di Amerika, Canada, Europa, Rusia dan China yang memasarkan produk berasaskan "Chaga" hingga sukar untuk para pengguna di sebelah Asia Tenggara ini untuk memilih yang terbaik daripadanya. Berdasarkan penelitian dan pengalaman saya, syarikat Oriveda mempunyai track record yang terbaik dan saya amat menyarankan para pembaca blog ini, yang mempunyai masalah dengan "kanser" untuk mendapatkan "Chaga extract" atau produk-produk lain yang berkaitan daripada syarikat ini. Ini adalah berdasarkan faktor-faktor berikut:


  • Oriveda memiliki kepakaran tersendiri dalam pengkajian dan pengeluaran produk-produk berasaskan "cendawan".
  • Oriveda memiliki tahap "profesionalism" yang tinggi dalam memastikan produk yang dipesan sampai kepada pelanggan.
  • Pengalaman saya sendiri membeli "Oriveda Chaga extract" untuk bapa mertua saya sejak 2 tahun lalu sehingga kini tanpa masalah dan telah menunjukkan kesan pemulihan yang memberangsangkan.
  • Oriveda mempunyai rangkaian pelanggan atau pengguna di lebih 60 buah negara di seluruh dunia.
  • Oriveda tidak mengenakan bayaran penghantaran (free shipping) ke mana-mana tempat di seluruh dunia.
  • Berdasarkan pengalaman saya, proses penghantaran dari Amsterdam ke Malaysia mengambil masa +- 10 hari.
  • Oriveda memiliki sistem penghasilan ekstrak cendawan yang tercanggih di pasaran untuk produk yang berkualiti tinggi menepati piawaian GMP, HACCP dan ISO22000 yang ketat.
  • Setiap produk ekstrak Oriveda mempunyai kadar kandungan bahan aktif (bioactive ingredients) yang tertinggi di pasaran.

Teruskan melayari blog ini dan dapatkan maklumat-maklumat yang berguna dan meyakinkan tentang "Chaga" dan saya telah menyediakan "tutorial" di halaman "How to order" bagi anda yang ingin merasai sendiri kehebatan herba ini yang sukar untuk ditemui, tetapi paling handal merawat "kanser" yang sukar untuk dirawati.

 https://images-blogger-opensocial.googleusercontent.com/gadgets/proxy?url=http%3A%2F%2F3.bp.blogspot.com%2F-ndZq-qR8v3U%2FU3NMdo5SX8I%2FAAAAAAAABnk%2FzWdMK0PXqcc%2Fs1600%2FClickHereButton-animateda.gif&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*
TO LEARN MORE